kami :)

Monday, March 23, 2009

* Ujian Kecekapan *

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalammualaikum..

Alhamdulillah, kini kita telah pun habis melalui program UJI CEKAP yg diwajibkan keatas semua pelajar tingkatan 3 SMIAAG minggu lalu,, Semua berjalan dgn baik walaupun kami diberi rahmat hujan yang agak lebat sehinggakan campsite kami banjir terutama pada hari kedua..

So, selepas program uji cekap ni, ana percaya kita dapat baanyaak ilmu baru, dapat merasai semangat kerjasama walau dalam keadaan susah dan banyak lagi ibrah dan pengajaran yg sepatutnya kita amalkan dalam kehidupan seharian kita.. :)

Bagi ana, apa yg paling Penting adalah KERJASAMA kita dalam sesuatu aktiviti, contohnya.. time balik dr jungle trekking, ana kump last~ hehe, dalam perjalanan balik tuh, ramai jugak yg xlarat dah termasuklah ade sorg sahabat ana ni.. KERJASAMA, ana dapat lihat apabila kami sama2 bacakan ayat2 suci Al-Quran untuk die, naikkan balik semangat die, walaupun keadaan kami yg sesat mencari jalan pulang dalam hujan yg sangatlah lebat. Ya Allah, engkau sahajalah yang dapat memahami perasaan kami masa tu.. Kami terpaksa melalui sebatang pokok untuk merentas sungai yg deras..Akhirnya., lepas 50 minit berusaha, kami berjaya sampai ke campsite dgn selamat melalui sebatang anak sungai.. Alhamdulillah..

Ohh, ye.. seingat ana, kami (banat) telah diamanahkan untuk bertutur sesama rakan dgn menggunakan 'ana' 'anti'.. ya bukan? Humm, sepanjang camping tuh, ana terasa terharu melihat rakan2 yg saling menegur apabila ada yg tersalah menggunakan kata2 amanah itu.. Alhamdulillah, inilah ciri2 muslim muslimah yang kita mahukan, sering memperingatkan antara satu sama lain.. Bak kata Ust. Uthman, manusia sering lupa dan alpa~ Jadi, sama2lah kita pimpin kawan2 kita yg lupa kearah kebaikan.. Ana harap kita akan terus menggunakan kata2 amanah tu anytime, anywhere~

Selain itu, kalau nk diikutkan, mungkin batch kita telah mencipta rekod paling ramai yg sakit time camping~ hehe, ramai yg demam yer.. Syafakallahukum~ Dalam ujicekap ni, kita boleh jadikan kesusahan kita ni sebagai ibrah untuk mengingati saudara2, sahabat2, dan sahabiah2 kita di Gaza, Palestine, Iraq dan sebagainya.. Ingat yer rakan2, kita sakit2 mungkin sbb xselesa, demam, terseliuh, cramp, terjatuh and etc.. Tetapi mereka, di bom, ditikam, ditembak, dibunuh dan diseksa oleh tentera Zionis.. Masya Allah, lebih peritnya mereka menghadapi kesakitan dimana sepatutnya kita bersyukur dan jadikan mereka sebagai contoh untuk BERSABAR~ Berdoalah kepada Allah sentiasa~ Jadilah askar Allah yang gagah, kita tidak akan jatuh selagi kita berdaya~!

" Sesungguhnya perbuatan seseorang kamu mengambil seutas tali kemudian digunakannya untuk mengikat kayu api dan meletakkannya di belakangnya adalah lebih baik baginya daripada dia mendatangi seorang hamba Allah yang telah dilimpahi kurniaan oleh Allah untuk meminta-minta, samada diberikan atau tidak. " Riwayat Imam Bukhari dan Muslim.

Ok, habis sudah ya kita tentang ujicekap, biarlah kisah gembira, duka dan lara itu menjadi kenangan.. Asal pengajaran kita bawa bersama meniti harian yang akan datang.. :)

Ana cuma nak ingatkan, sama2lah kita kawal nafsu(diri) kita dari buat perkara munkar, atau masalah2 yang boleh memalukan nama baik batch kita~ bak kata Ust Uthman lagi, DIDIKlah nafsu kita, Jangan peranginya~ Sama2lah juga kita bersatu membina sebuah Generasi yang Soleh dan Musleh.. Umpama kita nak bina sebuah Masjid, kita semestinya perlukan tiang2 yang kukuh untuk mempertahankan masjid itu dari runtuh.. Jom~! kita jadi tiang2 yang kukuh tersebut~! :)

Sampai disini sahaja.. Assalammualaikum.. Senyum Selalu~ ^__^

No comments:

Post a Comment