kami :)

Saturday, April 4, 2009

JANGAN LAH BERGADUH>>

Umat Islam digalak hidup bersatu padu dan saling bantu membantu antara satu sama lain. Tetapi sejak kebelakangan ini, sikap benci membenci sesama Islam semakin ketara dan menular di seluruh negara. Ini semua disebabkan adanya kempen politik keterlaluan oleh sesetengah parti politik yang tidak lagi memperdulikan batasan kesusilaan dengan memaki hamun dan mencerca peribadi pemimpin Muslim yang lain. Ini bertentangan dengan ajaran Islam yang amat jelas melarang umatnya bermusuhan dan saling membenci.

Persoalan ini memang menjadi satu masalah sosial di negara kita, khususnya di kalangan umat Islam masa kini. Memang tidak dinafikan punca utama masalah ini kerana permainan politik keterlaluan oleh sesetengah pihak.

Kalau ditinjau dari sudut pandangan Islam, maka secara terang dan jelas kita akan mendapati banyak ayat al-Quran dan hadis melarang umatnya daripada bertelagah, apa lagi bermusuh-musuhan sesama sendiri.

Ini kerana hasil daripada sikap yang tidak baik itu semata-mata akan menghancurkan kekuatan ummah dan sekiranya ini terjadi, maka sudah tentu ia memenuhi impian musuh Islam yang selama ini menanti saat seumpama ini.



Merujuk sepotong hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, katanya, Rasulullah bersabda, bermaksud: "Ditunjukkan amalan itu kepada Allah oleh kalangan malaikat pada hari Isnin dan Khamis. Lalu Allah memberikan pengampunan kepada setiap orang yang tidak menyengutukan Allah dengan sesuatu, melainkan (Allah tidak mengampunkan) seseorang yang antara dirinya dan saudaranya ada rasa kebencian (dalam hati masing-masing). Lalu Allah berfirman: "Tinggalkanlah kedua-dua orang ini, yakni jangan dihapuskan dosanya sehingga kedua-duanya berdamai semula." - (Riwayat Muslim).



Hadis ini dengan jelas menunjukkan betapa sikap bencikan saudara sendiri (apa lagi yang seagama) amat dimurkai Allah dan sukar mendapat pengampunan-Nya.



Hubungan sosial atau kemasyarakatan, tunggak kesejahteraan ummah. Oleh itu, setiap anggota masyarakat sewajarnya berada dalam satu kelompok keluarga yang besar secara harmoni tanpa sikap benci membenci antara satu dengan yang lain.



Hidup bersatu padu dan tolong menolong antara satu sama lain ke jalan takwa sepatutnya pegangan umat Islam. Sebaliknya, janganlah kita tolong menolong dalam membesarkan permusuhan atau perkara dosa yang lain.



Dalam keadaan apapun, umat Islam tidak sepatutnya menyemai sikap permusuhan serta perpecahan kerana kelemahan paling besar bagi sesuatu ummah ialah permusuhan dan perpecahan sesama sendiri.



Islam mengajar umatnya tidak membenci orang lain, khususnya yang se agama. Malah, kita dilarang menimbulkan kebencian atau menghasut orang lain supaya membenci sesuatu golongan dalam kelompok Islam.



Dalam hadis lain, ada dinyatakan Rasulullah memperingatkan umatnya agar tidak berhasad dengki dan tidak halal bagi seorang Muslim untuk tidak bersapa sesama saudara Muslim yang lain selama lebih daripada tiga hari kerana perasaan benci kepada saudaranya itu.



Selepas tiga hari bermasam muka, wajarlah orang yang berselisih faham memohon maaf sesama sendiri dan mereka juga wajar bertaubat serta kembali menyatukan Silaturrahim antara satu sama lain.



Dalam hadis ini dinyatakan, amalan kita diangkat setiap hari Isnin dan Khamis kepada Allah, tetapi sekiranya kita masih dalam keadaan benci membenci sesama saudara seagama hingga saat amalan kita itu diangkat kepada Allah, Dia tidak akan mengampunkan dosa kita kerana sikap membenci saudara seagama itu.



Oleh kerana itu, segeralah bertaubat sebelum amalan kita diangkat kepada-Nya, Allah. Wallahu 'Aklam.

Wednesday, March 25, 2009

UPDATED BLOG..

Ini semua UPDATED Blog dari One Se7enians. yg Update dri satu minggu yang lalu.

Untukmu Sahabatku [by Aiman] : --> DISINI <--
Korng semua sgt baik [by Nazran] : --> DISINI <--
Update [by Afiq] : --> DISINI <--
Uji Cekap : --> DISINI <--
Cubaan Petama Membuat Cookies [by Hidayah] : --> DISINI <--
Kenali wanita Melalui Cara Jalannya [by Khalidah] : --> DISINI <--
Life Need Challenges [by Mu'az]: --> DISINI <--
Photoshop [by Nawi]: --> DISINI <--
Awayyy [by Asyiqin] : --> DISINI <--
Penambahan Ahli [by Fatma] : --> DISINI <--

Tuesday, March 24, 2009

Apabila melihat di sudut pandang yang lain...

Kita memang mudah melihat keburukan orang lain dan teramat susah untuk melihat keburukan diri sendiri. Oleh itu, apabila kita terlihat keburukan orang lain, hendaklah kita kaitkannya dengan diri kita.

Contoh: Sedang kita duduk di masjid, datang seorang pemuda dan sembahyang. Kita lihat pemuda itu solat tak khusyuk, badannya goyang sana goyang sini. Lalu hati kita pun berkata:" Apa la mamat ni, sembahyang tak khusyuk." Pada masa yg sama kita lupa yg kita sendiri pun sembahyang tak khusyuk! Kadang-kadang program untuk satu minggu pun kita boleh fikirkan masa tengah sembahyang. Oleh itu, apabila kita terlihat keburukan orang lain, hendaklah kita pastikan yg kita tidak melakukannya. Jika kita pun lakukan, maka hendaklah kita perbaiki diri kita.
Selain itu, hendaklah kita lihat kebaikan orang lain. Macam contoh mamat tadi. Lihat kebaikannya. Hati kita akan berkata:"Bagus mamat ni, rajin datang masjid. Aku ni kadang-kadang je datang. Sembahyang Juamaat je aku selalu datang." Bila kita lihat kebaikan orang, hendaklah juga kita berusaha untuk baiki diri.

Contoh 2: Masa kita dalam masjid tadi, datang pula seorang pakcik tua dan dia baca Qur'an. Kita dengar pakcik ni baca tersangkut-sangkut. Lalu hati kita pun berkata:" Apa la pakcik ni, baca Qur'an pun tak betul." Pada masa yg sama, kita lupa yg kita ni dah berbulan-bulan tak baca Qur'an. Oleh itu, hendaklah kita lihat kebaikannya bukan keburukan orang lain. Sepatutnya kita berkata:"Bagus pakcik ni, rajin baca Qur'an."

Kesimpulannya, jgn lah TUDUH seseorang tu SAMPAI bnda2 yg kurang pasti di pastikan.. sbagai cntoh la kn, e NATURE's LAWS is YOU WILL GET WHAT YOU GIVE. jika antum memberi lagi bnyk kepercayaan, orang lain akan mempercayai antum semua.