kami :)

Wednesday, August 26, 2009

Ramdhan bulan yang mulia

salam alaiyk

alhamdulillah , setinggi kesyukuran buat yang maha pencipta dan maha mematikan sesuatu kerana kita semua dipertemukan lagi dengan bulan ramdhan yang mulia . betapa besarnya rezeki kita kerana masih dihidupkan lagi olehnya dan dapat bertaubat atas dosa - dosa lampau .

isilah ramdhan dengan taubat , munajat buat kekasih hati . ingatlah , masa kita sudah tidak lama.
entah bila kita bakal dijemput olehnya . besediakah kita ?
bersediakah kita menjawab soalan munkar dan nankir didalam kubur kelak ? tepuklah dadamu jika tersematnya jawapan dihati .

Mereka berkata:

Siapakah Tuhan kamu?

Siapakah Nabi kamu?

Apakah agama kamu?

Apakah kiblat kamu?

Siapakah saudara kamu?

Apakah pegangan iktikad kamu?

Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul.

Janganlah berasa gementar, janganlah takut dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.
Hendaklah kamu jawab begini:

Allah Taala Tuhanku,

Muhammad nabiku,

Islam agamaku,

Kitab suci Al-Quran ikutanku,

Baitullah itu qiblatku,

malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.

Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,

bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah".

oh , bergetar rasanya hati ana tiap kali membaca talkin ini . mungkin kita boleh menghafal jawapan jawapannya didunia ini , tetapi ingatlah , yang akan menjawab segala persoalan di kubur kelak bukannya kita . tetapi iman kita . adakah kita punyai iman yang teguh untuk menjawab persoalan ini ???

buat renungan diri ini yang sangat punyai kelemahan dan kekurangan dan juga abang dan kakak yang ana sayangi atas dasar cinta kepadaNya , ana berharap agar kita semua dapat mengisi ramadhan kali ini dengan sebaiknya . adakah kita masih akan berjumpa dengan ramadhan pada tahun mendatang ?!

semoga kita semua memeperolehi sesuatu serta berazam tinggi untuk bangkit dan terus berusaha menghidupkan mungkin malam malam terakhir ramdhan kita ...

Tuesday, May 19, 2009

kItEr BoLeh~!! :)

assalamualaikum.

to all my fellow onese7en. sedar x sedar. x sampai seminggu sahaja lagi kita semua bakal menempuhi alam peperiksaan. haish. kejap sahaja masa ini mencemburui kita semua. but, kita buat yang terbaik. kiter usaha dengan sebaik2nya. selepas itu, kiter bertawakkal kepada Allah di atas segala usaha yang telah kita lakukan. ingat! jangan sesekali kita marah dengan keputusan yang diperoleh kerana sebanya itulah aper yg telah kita usahakan. sekiranya, kita sudah melakukak yang terbaik, tatapi, kita gagal, ingatlah! Allah menyediakan yang lebih baik untuk kita pada masa hadapan.

di kesempatan ini, ana mewakili semua ahli onese7en ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf di atas segala salah silap kami. buat semua onese7en, penulis juga ingin memohon maaf di atas segala kesalahan penulis. penulis ini memang orang yang lemah yang x boleh lari daripada melakukan kesalahan.

buat semua form 3, jangan ingat selepas selsesai peperiksaan, kite sudah merdeka, ingatlah masih jauh lagi perjuangan kita sehingga tiba nya pepriksaan besar PMR~!! ingatlah, redha kawan, ibubapa dan guru serta ALLAH amat lah penting bagi kita semua mengecapi kejayaan. tanpa adanya keberkatan, kejayaan x akan dikecapi.

ingatlah!keberkatan dari guru2 amat penting, janganlah sesekali kita menyakiti hati guru kita. keberkatan memang teramat penting. jangan lupa untuk kita memohon keberkatan guru2 kita dengan memohon maaf sebelum tibanya hari peperiksaan,

buat sahabat semua, sekali lagi, penulis yang lemah ini ingin memohon maaf di atas segala salah dan silap penulis selama ini. ssekiranya, ada yang terkasar bahasa. mmg itu kelemahan penulis sendiri. sekiranya ada yang sedang marah dengan penulis, penulis berharap agar kita dapat mneyelesaikannya dengan baik.

buat semua~!! ayuh kita gegarkan SEKOLAH MENENGAH ISLAM AL-AMIN GOMBAK dengan keputusan yang cemerlang, moga ALLAH meredhai segala usaha kita selama ini. amin~!!

p/s: identiti penulis dirahsiakan, hanya ALLAH sahaja yang tahu. :)

Sunday, May 3, 2009

..:: SEJARAH SOLAT 5 WAKTU ::.. (tazkirah Mei '09)

Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan.



SUBUH

Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

i) Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.

ii) Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.



ZOHOR

Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.

i) Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.

ii) Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.

iii) Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.

iv) Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.



ASAR

Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:
i) Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
ii) Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
iii) Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
iv) Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.



MAGHRIB

Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:

i) Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.

ii) Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.

iii) Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.



ISYAK

Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

i) Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.

ii) Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.

iii) Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.

iv) Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun